<< Halaman Utama

Ruangan Hubungi
 

Sebelum anda menghubungi saya untuk mendapatkan pertanyaan lanjut tentang Pakej Web Jualan Evolusi, sila luangkan sedikit masa anda untuk melihat soalan - soalan lazim dibawah bagi memastikan soalan anda tidak berulang dengan pertanyaan daripada rakan - rakan yang lain sebelum ini.

Jika anda mempunyai persoalan yang lain selain daripada soalan - soalan dibawah, maka anda boleh hantarkan pertanyaan anda menerusi Ruangan Bantuan menerusi link berikut :

 

Soalan - Soalan Lazim (F.A.Q)

  1. Saya berminat untuk mendapatkan produk anda. Bagaimanakah caranya?
     

  2. Berapakah harga yang ditawarkan untuk produk ini dan bagaimana cara bayaran?
     

  3. Bagaimanakah produk dihantar?
     

  4. Berapa lamakah jangka masa untuk saya menerima produk ebook PWJEvolusi ini?
     

  5. Bagaimana jika saya tidak menerima produk selepas 48 Jam membuat bayaran?
     

  6. Bolehkah saya memiliki buku PWJEvolusi ini dari kedai berhampiran?
     

  7. Apakah format ebook yang digunapakai oleh PWJ Evolusi ini?
     

  8. Adakah ebook PWJEvolusi ini turut dipasarkan oleh pihak lain? Mengapa saya lihat ada pihak menjualnya?
     

  9. Apakah beza PWJEvolusi dengan PWJ Versi 2?
     

  10. Bolehkah saya menjual semua ebook PWJEvolusi ini selepas buat pembelian?
     

  11. Saya merupakan pembeli lama PWJ Versi 2, adakah PWJEvolusi ini percuma kepada saya?
     

  12. Bagaimana jika saya menghadapi masalah untuk membuka ebook ini?
     

  13. Adakah pihak anda menawarkan Jaminan Pulangan Wang?
     

  14. Adakah saya perlu membelanjakan lain - lain modal tambahan selain ebook ini untuk mempraktikan tutorial yang diajar?
     

  15. Apakah jaminan pihak anda bahawa saya boleh menggunakan Panduan ini? Bagaimana jika saya menghadapi sebarang masalah sewaktu proses pembelajaran?
     

  16. Saya berminat dengan produk anda, tetapi saya ingin berjumpa dengan anda terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan berkenalan dengan anda.
     

  17. Saya menghadapi masalah untuk membuka ebook. Saya telah mendownload ebook di Komputer A dan ebook memerlukan username dan password untuk dibuka. Dimanakah saya boleh mendapatkan username dan password ini?
     

  18. Saya telah mendaftarkan ebook saya dengan username dan password di komputer A. Namun apabila saya ingin membuka ebook di komputer B, sistem memohon username dan password lagi. Mengapa?


Saya berminat untuk mendapatkan produk anda. Bagaimana caranya?

Untuk mendapatkan Pakej Web Jualan, sila buat pilihan Pakej yang ditawarkan mengikut keperluan anda. Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut Pakej. Bayaran haruslah dibuat kepada butiran akaun yang dinyatakan pada ruangan tempahan.

Sila klik link di sini untuk mendapatkan arahan lanjut membuat tempahan

 

Back to Top

Berapakah harga yang ditawarkan untuk produk ini dan bagaimana cara bayaran?

Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut tawaran Pakej yang disediakan. Sila lihat senarai harga pakej yang ditawarkan menerusi link berikut :

http://www.webjualan.com/tempahan.html

Untuk kaedah bayaran, pihak kami menerima bayaran menerusi perbankan (Online Transfer / Bank In / Cash Deposit) menerusi bank berikut :

Maybank dan CIMB

Pihak kami juga menerima bayaran menerusi kad kredit/debit MasterCard atau Visa melalui sistem pemprosesan bayaran PayPal.

Sila klik link di sini untuk mendapatkan arahan lanjut membuat tempahan.

 

Back to Top

Bagaimanakah produk dihantar?

Pakej Web Jualan adalah merupakan produk ebook (electronic book) yang bermaksud produk digital dan bukan merupakan buku cetakan.

Penghantaran produk adalah mengikut :

Link download
Selepas bayaran disemak, link download produk akan dikirimkan menerusi email yang anda masukkan pada borang tempahan yang disediakan. Oleh itu, pastikan segala butiran yang diisi pada borang adalah tepat dan benar.

Pos Express (BELUM DISEDIAKAN)

 

Back to Top

Berapa lamakah jangka masa untuk saya menerima produk ebook Pakej Web Jualan ini?

Kami akan menyemak dan mengesahkan butiran bayaran yang anda kirimkan terlebih dahulu sebelum ebook dihantar. Tempoh masa adalah :

Pakej A & B & C
Link download akan dikirimkan dalam jangka masa 24 jam atau selewat - lewatnya 48 jam dari tempoh borang pengesahan anda dikirimkan.

*Pembeli yang menggunakan kad kredit atau paypal atau egold, link download tetap akan dihantar dalam tempoh 24 jam atau selewat - lewatnya 48 jam kerana pihak kami perlu memproses lesen pengguna ebook terlebih dahulu.

 

Back to Top

Bagaimana jika saya tidak menerima produk selepas 48 Jam membuat bayaran?

Jika selepas tempoh 48 Jam anda masih lagi tidak menerima sebarang berita daripada pihak kami, sila hubungi kami menerusi :

Ruangan Bantuan : http://support.usahaniaga.com 

atau

Email Bantuan : support[at]usahaniaga.com

*Gantikan [at] kepada @

*Pastikan anda tidak lupa mengisikan borang tempahan bagi melancarkan proses penghantaran produk

 

Back to Top

Bolehkah saya memiliki buku PWJEvolusi ini dari kedai berhampiran?

Buku Pakej Web Jualan Evolusi ini adalah dalam bentuk DIGITAL yang dikenali sebagai ebook (Electronic Book). Ianya bukan dalam bentuk fizikal seperti buku - buku biasa. Oleh itu, sudah pasti anda tidak akan menjumpainya dari mana - mana kedai berhampiran anda.

 

Back to Top

Apakah format ebook yang digunapakai oleh PWJ Evolusi ini?

Format ebook adalah dalam .exe dan bukan pdf seperti kebanyakan ebook lain. Oleh itu, pastikan anda menggunakan OS Windows untuk membuka ebook ini.

Anda juga memerlukan sambungan internet pada permulaan membaca ebook ini kerana pendaftaran lesen perlu dilakukan.

 

Back to Top

Adakah ebook PWJEvolusi ini turut dipasarkan oleh pihak lain? Mengapa saya lihat ada pihak lain menjualnya?

Tidak. Anda hanya boleh memperolehi ebook PWJEvolusi ini hanya dari laman web ini sahaja iaitu  www.WebJualan.com.

Ebook Pakej Web Jualan Evolusi dijual secara terus daripada pihak saya dan tiada mana - mana pihak lain yang diberi kebenaran menjual semua ebook ini.

Apa yang anda lihat pihak lain menjualnya adalah berkemungkinan :

1. Reseller PWJ Versi 2 yang menjual ebook Pakej Web Jualan Versi 2.

Pakej Web Jualan Versi 2 adalah merupakan edisi awal sebelum terbitnya Pakej Web Jualan Evolusi. Hanya terdapat 25 orang reseller sahaja yang layak menjual PWJ Versi 2 ini. Senarai reseller yang sah boleh dilihat di http://www.webjualan.com/versi2/reseller. Reseller - reseller ini adalah terpilih dan terhad kepada mereka sahaja. Tiada mana - mana reseller lain lagi yang diambil atau layak menjualnya.

 

2. Agen Affiliate

Anda mungkin tersalah faham. Pihak kami mengambil agen pemasaran bagi memasarkan PWJEvolusi ke serata tempat. Agen affiliate dibekalkan dengan bahan promosi seperti imej ebook PWJEvolusi untuk mereka gunakan bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran. Mereka bukanlah menjual produk kami tetapi sebaliknya hanya melakukan pemasaran sahaja.

 

3. Pengedar HARAM.

Anda perlu berhati - hati dengan golongan ini kerana mereka tidak mempunyai kebenaran untuk menjual mana - mana bahagian produk yang ditawarkan oleh pihak kami. Jika mereka menyatakan mereka menjual PWJEvolusi atau mana - mana bahagian produk tawaran PWJEvolusi, maka ini adalah tidak benar sama sekali.

Jika anda mendapatkannya daripada pihak haram ini, maka anda telah tertipu. PWJEvolusi dilengkapi dengan sistem lesen yang mana satu pembeli akan diberi satu lesen. Maka jika anda membuat bayaran kepada pihak berkenaan, sudah pastinya anda tidak akan dapat membuka ebook PWJEvolusi.

 

Back to Top

Apakah beza PWJEvolusi dengan PWJ Versi 2?

PWJEvolusi adalah evolusi terbaru daripada PWJ Versi 2. Isikandungan Pakej Web Jualan Evolusi adalah jauh lebih lengkap serta diberi nafas baru dari segi olahan ayat, isikandungan serta tambahan beberapa maklumat terbaru. Malah ebook PWJEvolusi juga dilengkapi dengan video tutorial bagi setiap topik yang diterangkan.

Anda masih boleh mendapatkan PWJ Versi 2 sebagai panduan anda dan PWJ Versi 2 ini hanya boleh diperolehi menerusi reseller pihak kami yang tertera di http://www.webjualan.com/versi2/reseller sahaja.

Pembeli yang berminat untuk mendapatkan PWJ Versi 2 haruslah merujuk kepada reseller jika menghadapi sebarang masalah berkaitan teknikal ataupun masalah pembelian yang dilakukan pada mereka.

 

Back to Top

Bolehkah saya menjual semua ebook PWJEvolusi ini selepas buat pembelian?

Tidak sama sekali. Anda tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian. Ebook ini mempunyai Hak Cipta Terpelihara yang hanya sah dibekalkan oleh pihak kami sahaja.

Ebook PWJEvolusi ini juga turut dilengkapi dengan sistem lesen, maka tidak ada gunanya anda menjualnya semula. Sila rujuk syarat dan terma kami.

 

Back to Top

Saya merupakan pembeli lama PWJ Versi 2 / 1, adakah PWJEvolusi ini percuma kepada saya?

Perkara ini bergantung kepada situasi. Sekiranya anda mendapatkan PWJ Versi 2 secara terus daripada pihak kami (Webjualan.com) sebelum ini, maka anda boleh memiliki PWJEvolusi ini secara percuma.

Walaubagaimanapun, jika anda memiliki Pakej Web Jualan Versi 1 dan 2 daripada pihak Reseller, anda akan dikenakan caj pengurusan dan kemaskini data iaitu sebanyak RM30.00.

Silalah hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut menerusi http://support.usahaniaga.com 

 

Back to Top

Bagaimana jika saya menghadapi masalah untuk membuka ebook ini?

Sebarang masalah yang anda hadapi sewaktu download atau membuka ebook ini, silalah hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut menerusi http://support.usahaniaga.oom .

Nyatakan masalah anda secara terperinci agar bantuan dapat diberikan dengan lancar dan mudah.

 

Back to Top

Adakah pihak anda menawarkan Jaminan Pulangan Wang?

Ya, pihak kami menawarkan jaminan pulangan wang dalam tempoh 30 hari selepas bayaran untuk ebook PWJEvolusi sahaja.

Jika anda membuat bayaran tambahan seperti domain, hosting, penghantaran CD, kos - kos ini tidak akan dikira sebagai jaminan pulangan wang.

Sebarang permintaan jaminan pulangan wang haruslah disertakan butiran tentang masalah yang dihadapi dengan lengkap serta sebab - sebab kukuh permintaan. Tempoh proses ini dilaksanakan akan mengambil masa sehingga 2 minggu.

 

Back to Top

Adakah saya perlu membelanjakan lain - lain modal tambahan selain ebook ini untuk mempraktikan tutorial yang diajar?

Ini bergantung kepada situasi anda. Antara modal tambahan lain yang diperlukan adalah :

  1. Hosting (Linux Server)

  2. Domain

Jika anda telah memiliki 2 perkara diatas, maka tiada modal tambahan yang diperlukan. Jika tidak, anda perlu mendapatkan hosting dan domain terlebih dahulu.

Untuk hal ini, saya ada menyediakan sumber rujukan bagi mendapatkan hosting atau domain di dalam ebook PWJEvolusi yang disediakan.

Malah, saya juga ada turut menawarkan perkhidmatan hosting dan domain menerusi Pakej B. Sila rujuk pada halaman tempahan.

 

Back to Top

Apakah jaminan pihak anda bahawa saya boleh menggunakan Panduan ini? Bagaimana jika saya menghadapi sebarang masalah sewaktu proses pembelajaran?

Ebook PWJEvolusi disediakan dengan mengandungi panduan langkah demi langkah tutorial bergambar. Malah Tutorial Bervideo turut disediakan bagi menambahkan lagi kemudahan pemahaman bakal pembeli membuat praktikal.

Sebarang masalah sewaktu proses pembelajaran, bakal pembeli boleh merujuk ke ruangan FORUM KHAS yang akan membincangkan aspek - aspek teknikal tutorial.

 

Back to Top

Saya berminat dengan produk anda, tetapi saya ingin berjumpa dengan anda terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan berkenalan dengan anda.

Secara umumnya, saya menjalankan aktiviti perniagaan menerusi internet. Maka untuk perjumpaan, temu janji boleh dilakukan HANYA JIKA anda hadir dan datang ke kawasan saya beroperasi atau jika saya ada terlibat dalam mana - mana seminar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk, sila ke halaman utama untuk penerangan selengkapnya atau hubungi saya menerusi Ruangan Bantuan.

Untuk berkenalan dan mendapatkan informasi berkaitan diri saya, silalah ke Ruangan Blog harian saya. Di sana kita boleh berkenalan dan bertukar - tukar pandangan.

 

Back to Top

Saya menghadapi masalah untuk membuka ebook. Saya telah mendownload ebook di Komputer A dan ebook memerlukan username dan password untuk dibuka. Dimanakah saya boleh mendapatkan username dan password ini?

Pertama sekali, untuk membuka ebook buat kali pertama, anda MEMERLUKAN SAMBUNGAN INTERNET. Ini adalah berikutan ebook perlu didaftarkan terlebih dahulu supaya ia dapat merekod butiran pendaftaran komputer yang digunapakai.

Username dan password boleh diperolehi di dalam ruangan ahli iaitu pada bahagian profile anda.

Hanya sekali sahaja pendaftaran yang diperlukan untuk satu komputer. Maksima pendaftaran yang boleh dilakukan adalah untuk dua buah komputer sahaja.

 

Back to Top

Saya telah mendaftarkan ebook saya dengan username dan password di komputer A. Namun apabila saya ingin membuka ebook di komputer B, sistem memohon masih username dan password lagi. Mengapa?

Untuk pengetahuan anda, 1 Lesen hanya dibenarkan didaftarkan pada 2 buah komputer sahaja.

Maka kerana itulah apabila anda telah mendaftar di komputer A, pada komputer B pula, anda akan diminta pendaftaran sekali lagi. Ini adalah kerana pendaftaran perlu dilakukan disebabkan ebook mengesan bahawa ia berada di dalam komputer berlainan dan seterusnya ebook akan berhubung dengan server terlebih dahulu. Anda memerlukan internet untuk membuat pendaftaran kedua dan selepas itu anda sudah boleh membacanya tanpa sambungan internet.

 

Back to Top

 


Ada Sebarang Masalah Atau Pertanyaan?

Hubungi Kami Menerusi http://support.usahaniaga.com

 

Laman web ini adalah hak milik syarikat Profit Internet Solutions (NS0035799-X). Kesemua laman web milik Profit Internet Solutions adalah dilindungi dibawah syarat dan terma syarikat yang telah ditetapkan.

Halaman Utama | Tempahan Produk | Syarat & Terma | FAQ | Program Affiliate

Hak Cipta Terpelihara © 2007 oleh WebJualan.com

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape