|
<< Halaman Utama
Syarat Dan Terma
Kali Terakhir Kemaskini : Februari 7, 2008
Laman web dan produk Pakej Web Jualan Evolusi adalah tertakluk
dibawah syarat dan terma yang telah ditetapkan seperti dibawah :
Hak Cipta Terpelihara
-
Tidak dibenarkan mana - mana bahagian dalam
halaman web ini atau produk yang dibekalkan disalin, ditiru,
diedar dan dicetak dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat
persetujuan dan keizinan daripada pihak penulis iaitu Mohd
Amirol Zolkifli dan pihak penerbit iaitu Profit Internet
Solutions.
-
Produk Pakej Web Jualan Evolusi adalah
diterbitkan oleh syarikat berdaftar iaitu Profit Internet
Solutions (NS0035799-X). Produk ini terlindung dengan Hak Cipta
Terpelihara daripada pihak penulis dan penerbit dibawah
Akta Hak Cipta 1987 dan mana-mana undang-undang Harta
Intelek yang berkaitan di negara ini.
-
Sesetengah nama, informasi, logo, imej,
rekacipta, tajuk, isikandungan pada halaman web dan produk
keluaran Profit Internet Solutions adalah dilindungi oleh Akta
Hak Cipta 1987. Sebarang penggunaan tanpa mendapat keizinan
daripada pihak kami, tindakan undang - undang akan diambil.
Penafian
-
Segala penerangan yang dibekalkan di dalam
produk sama ada secara langsung atau tidak langsung tidak
menjamin bahawa setiap pengguna akan berjaya mengikut langkah -
langkah yang diberikan walaupun pihak penerbit telah memastikan
segala usaha yang diberikan adalah yang terbaik.
-
Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab
untuk sebarang kerosakan atau kecederaan yang anda perolehi
semasa menggunakan perkhidmatan dan produk kami. Perkara ini
termasuklah sama ada : penggunaan mana - mana laman web Profit
Internet Solutions, serangan virus, kerosakan komputer,
kecederaan pada diri, serangan penggodam, kegagalan sistem
berfungsi mengikut kehendak anda.
-
Pihak kami tidak menjanjikan sebarang
pendapatan yang akan diterima oleh pengguna. Semuanya adalah
bergantung kepada usaha dan kerja keras pihak pengguna itu
sendiri.
Butiran Sulit, Keahlian, Pautan
-
Sebarang butiran sulit yang khas diberikan
kepada pengguna yang mendaftar bersama mana - mana produk
keluaran Profit Internet Solutions adalah hak milik peribadi
pengguna sendiri. Pengguna dilarang sama sekali untuk
menyebarkan butiran sulit ini kepada pihak lain tanpa sebarang
notis dan mendapat keizinan daripada pihak kami.
-
Maklumat keahlian seperti UserID, Password,
Kod Diskaun adalah hak milik pengguna sahaja. Ia tidak boleh
dikongsikan kepada pihak ketiga sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung.
-
Sebarang pautan sama ada pautan (link) muat
turut (download), pautan halaman rahsia, pautan halaman keahlian
adalah dilarang disebarkan dalam apa jua bentuk sekalipun sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung.
-
Kegagalan pengguna mematuhi privasi ini akan
menyebabkan pengguna akan dikenakan pembatalan terhadap akaun
miliknya.
Etika Dan Tatacara
-
Pihak kami sama sekali tidak membenarkan mana
- mana bahan informasi produk, perkhidmatan dan kandungan web
dipautkan atau dimasukkan ke dalam halaman web seperti : laman
web lucah, laman web jenayah, laman web yang menyediakan bahan
cetak rompak, laman web penggodam, laman web spam dan laman web
isu politik.
-
Segala aktiviti promosi haruslah menggunakan
informasi dan penerangan yang benar dan tepat tanpa sebarang
unsur - unsur penipuan.
Polisi Anti-SPAM
-
Kami mengamalkan polisi anti SPAM. SPAM yang
kami maksudkan adalah aktiviti melakukan promosi seperti
menghantar email kepada pengguna tanpa kebenaran,
melakukan pengiklanan di web pihak lain seperti forum tanpa
etika dan menghormati pihak laman web, melakukan perkara -
perkara yang mengganggu privasi pihak lain yang mana hal ini
boleh menjatuhkan reputasi pihak kami. Jika didapati pengguna
melakukan perkara ini, tindakan tegas dan undang - undang akan
diambil.
Pembatalan Akaun / Keahlian
-
Pihak kami berhak membatalkan mana - mana
akses dan penggunaan produk jika terdapat pengguna yang
menyalahgunakan mana - mana perkhidmatan, kandungan informasi
dan produk yang dibekalkan.
-
Pihak kami juga akan mengambil tindakan
menyekat mana - mana pengguna yang jika didapati bersalah
menyalahgunakan perkhidmatan, kandungan informasi dan produk
yang dibekalkan sekiranya mendapat aduan daripada pihak lain.
-
Pihak kami juga berhak untuk meminda dan
mengubah mana - mana isikandungan halaman web, produk dan
informasi yang dibekalkan tanpa sebarang notis awal.
Jaminan Pulangan Wang
-
Pihak kami menyediakan jaminan pulangan wang
selama 30 hari dari tempoh anda mendapatkan produk yang kami
bekalkan.
-
Setiap permohonan pemulangan wang haruslah
disertakan bukti - bukti sah yang diperlukan seperti bukti anda
mencuba produk dan arahan yang diberikan.
-
Tempoh pemulangan wang adalah 14 hari selepas
permohonan anda disahkan lulus oleh pihak kami.
Data
-
Pengguna disarankan untuk membuat salinan
(backup) untuk kegunaan sendiri.
-
Sebarang kehilangan data disebabkan kecuaian
pengguna adalah diluar kawalan kami dan kami tidak akan melayan
sebarang alasan untuk mendapatkan data semula.
Polisi Privasi
-
Pihak kami hanya mengambil data daripada
pengguna yang telah menjadi pembeli atau pengguna yang memohon
untuk mendapatkan tips - tips atau bahan - bahan keluaran kami
menerusi sistem "mailing list" dan juga "autoresponder".
-
Segala pembelian yang dilakukan adalah
merupakan transaksi yang diyakini terjamin keselamatannya sama
ada menggunakan perbankan ataupun kad kredit. Pembelian menerusi
kad kredit adalah dijalankan menerusi "secure connection".
-
Semua data yang kami terima adalah
dipertahankan daripada diceroboh daripada pihak asing. Kami
tidak akan sama sekali memberi, menjual atau mengedarkan data
pengguna kepada pihak ketiga.
Kiriman Email
-
Kiriman email yang dihantar oleh pihak kami
kepada pengguna adalah dipohon oleh pengguna sendiri menerusi
sistem mailing list dan autoresponder.
-
Pengguna boleh keluar daripada sistem mailing
list dan autoresponder pada bila - bila masa sahaja menerusi
link "unsubcribe" yang sentiasa disertakan pada setiap email
yang terkirim.
Hubungi Kami
-
Pihak kami boleh dihubungi menerusi ruangan
bantuan secara online menerusi
http://support.usahaniaga.com
Dengan itu, sebagai pengguna produk atau agen
pemasaran Pakej Web Jualan Evolusi, anda tertakluk kepada syarat dan
terma yang telah ditetapkan diatas.
Kegagalan untuk menepati salah satu syarat diatas
boleh menyebabkan anda kehilangan hak sebagai pengguna ataupun agen
kami.
|
Ada
Sebarang Masalah Atau Pertanyaan?
Hubungi Kami Menerusi
http://support.usahaniaga.com |
 |
| |
|
Laman web ini adalah
hak milik syarikat Profit Internet Solutions
(NS0035799-X). Kesemua laman web milik Profit Internet
Solutions adalah dilindungi dibawah
syarat dan terma syarikat yang telah ditetapkan. |
Halaman Utama |
Tempahan Produk |
Syarat & Terma |
FAQ |
Program Affiliate
Hak Cipta Terpelihara © 2007 oleh
WebJualan.com
|